Oh! Artis

“Bukan Ingin Tegakkan Benang Basah” – Aliff Aziz Akhirnya Bersuara Isu Kantoi Berkhalwat

Published on

Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz menerusi satu hantaran di Instagram Story akhirnya bersuara mengenai isu hangat yang dikaitkannya hari ini.

BACA: Alif Aziz Dan Ruhainies Dah Kantoi Awal-Awal Dalam Rakaman CCTV

Jelas Alif, terlalu banyak spekulasi dan laporan yang melebih-lebih daripada apa yang sebenarnya terjadi.

Namun, dia memahami keadaan awal pagi semalam telah menimbulkan syak wasangka dan akhirnya berlakunya fitnah.

Suami kepada Bella Astillah ini berkata, dia akan tampil dengan satu keterangan untuk menjelaskan apa sebenarnya terjadi untuk mengelakkan lebih salah faham.

Dia tidak berniat untuk menegakkan benang yang basah, hanya mahu berkongsi cerita daripada pihaknya pula.

Aliff meminta maaf dengan apa yang terjadi dan berharap penjelasannya dapat mengubah tanggapan semua orang.

Kredit: Instagram Aliff Aziz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version