Trending

(Video) Buat Pusingan-U Di Kawasan Hospital, Wanita Mengamuk Siap Doakan Pemandu Supaya Dijangkiti Virus

Published on

Terbaharu di media sosial, telah tular satu rakaman video dash cam yang memaparkan kesalahan seorang pemandu wanita yang dipercayai telah melanggar peraturan jalan raya apabila dia melakukan pusingan-U di kawasan yang tidak sepatutnya.

Difahamkan, kesalahan yang dilakukan wanita Itu adalah apabila dia melakukan pusingan-U di hadapan simpang lampu trafik di Hospital Serdang, dan tanpa melihat keadaan jalan raya pada waktu itu, dia telah melulu keluar sehingga hampir bertembung dengan sebuah kenderaan lain.

Pemandu wanita yang turut dikenali ramai dengan gelaran ‘Professor Doktor Madya’ itu telah mengundang kemarahan ramai netizen di media sosial apabila dia seolah-olah seperti mahu menyalahkan pemandu lain di atas kesalahan itu.

Video rakaman itu juga ada memaparkan pergaduhan yang berlaku diantara wanita itu dengan pemandu lelaki tersebut. Lebih menyedihkan apabila wanita itu telah mengeluarkan kata kesat dan turut mendoakan agar pemandu lelaki itu dijangkiti dengan virus Covid-19.

Rata-rata netizen berpendapat bahawa jika kedua-dua pemandu itu yang bersalah dalam hal ini.

Ini kerana pusingan-U yang dilakukan oleh wanita itu mungkin boleh menyebabkan kemalangan, manakala pemandu lelaki itu juga dilihat turut memandu kereta dengan laju sedangkan kawasan itu merupakan kawasan hospital.

https://twitter.com/azliladzif/status/1356582202478223360?s=21

Di tempat yang tak sepatutnya U-turn janganlah kita U-turn. Tak lupa juga pada yang suka bawa kereta dengan laju. Ada sebabnya kenapa wujud peraturan lalu lintas di kawasan hospital. Harap lepas ini orang ramai lebih peka dengan undang-undang yang ada di jalan raya. 

Kredit: Fadzli Amin

Comments

Exit mobile version