Trending

Bos Naik Angin Serang Staf Selepas Kantoi Ada Group Mengumpat Belakang

Published on

Padah terlalu mengikut emosi, seorang doktor yang merupakan pemilik farmasi ditahan polis didakwa melakukan penganiayaan terhadap tiga orang pekerjanya.

BACA: Kieda Crepe Minta 12 Staf Hantar Surat Resign 24 Jam Lepas Kantoi Buat ‘Group’ Kutuk Bos

Kejadian yang berlaku di Kendari, Sulawesi Tenggara Indonesia ini berpunca daripada pekerja yang kantoi mengutuk doktor cantik itu dalam group Whatsapp.

Pada mulanya suspek menemui perbualan di group Whatsapp ahli farmasi kliniknya. Suspek dikatakan tersinggung dan naik angin lalu menyerang pekerjanya.

Doktor Ershanty Rahayu Safitrinas Yasin (Kredit foto: portal.id)

Lapor portal Indonesia, inews, selain memukul suspek juga didakwa mengurung pekerjanya dalam sebuah bilik di farmasi miliknya.

Salah seorang mangsa dikenali sebagai Zahra Sagita Tawulo mengalami luka lebam pada beberapa bahagian tubuhnya dan pengsan akibat dipukul.

Dia pukul kuat. Dia menampar terkena telinga dan berdengung sehingga saya jatuh.

Difahamkan, pekerja berjaya diselamatkan orang awam dan video ketika kejadian viral di media sosial. Mangsa segera membuat laporan polis dan suspek telah ditangkap.

Kredit: inews

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version