Tular di media sosial pelanggan di sebuah restoran makanan segera dilabel ‘anjing’ gara-gara tidak memboikot premis tersebut.
BACA: Abang Sajat Dakwa Netizen Munafik Sebab Beli Kek Tapak Kuda Guna Bahan Diboikot
Netizen menggunakan kata-kata kasar menyelar sikap rakyat Malaysia yang hanya hangat-hangat tahi ayam dan sudah melupakan kesengsaraan yang dihadapi saudara di Palestin.
Tindakan provokasi yang terlalu ekstrem ini telah mengundang rasa kurang senang segelintir pihak termasuk pengacara popular, Amin Idris.
Amin Idris berpendapat dalam usaha untuk boikot, ianya perlu dilakukan dengan akhlak bukannya berperangai seperti zio*is Isr4el.
Beliau sangat menyokong gerakan boikot namun ianya perlu dilakukan dengan akhlak sebagai seorang Islam. Jelas beliau lagi, hatta dalam peperangan sekalipun ada landasan agama yang perlu dipatuhi.
Boikot tu usaha yang baik dah. Jangan pergi spoil dengan perangai buruk meng’anjing’kan orang pulak.
Ianya sama seperti mendekati golongan yang tidak boikot, kita perlulah bercakap baik-baik bukannya melabel mereka ‘anjing’.
Kredit: TikTok Amin Idris
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.