Trending
“Bila Nak Kahwin?” – Persoalan Netizen Terhadap Syed Saddiq Akhirnya Terjawab
Syed Saddiq akui memang ada perancangan untuk berkahwin, tapi pilih untuk jaga privasi.
Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya membuka mulut mengenai persoalan yang sering diajukan iaitu “bila nak kahwin?”.
Menerusi satu program temubual Sinar Harian, beliau mengakui memang ada niat untuk mendirikan rumah tangga.
Tipulah kalau saya cakap mahu kekal bujang selamanya. Memang ada niat dan perancangan ke arah itu.
Syed Saddiq bersuara soal jodoh
Namun begitu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu memilih untuk tidak terlalu berkongsi mengenai hal peribadi, kerana proses ke arah perkahwinan bukan hanya melibatkan dirinya semata-mata.
Dalam proses membina rumah tangga, ia melibatkan pasangan, keluarga dan privasi yang perlu dihormati.
Biarlah kehidupan saya kekal peribadi sehingga tiba masanya untuk diumumkan kepada semua.
Politik boleh terbuka, soal hati jadi privasi

Tambah Saddiq lagi, beliau bersikap terbuka dalam hal politik, namun bila melibatkan orang lain termasuk ahli keluarga, dia lebih berhati-hati untuk berkongsi dengan umum.
Bagi hal yang bukan sahaja melibatkan saya, malah orang lain termasuk keluarga, lebih baik proses itu dihormati.
Pssttt! Setiap orang ada masanya sendiri untuk bahagia. Hormati ruang peribadi mereka, lebih-lebih lagi bila melibatkan keluarga dan masa depan.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Ustaz Rock Jawab 30 Soalan Viral Fiqh Ramadan | Oh! Podcast Ep24
OH! MEDIA 16/02/2026 4:00 PM