Oh! Artis

“Bertatu Tak Semesti Jahil Agama” – Netizen Terkejut Dengar Fuad Rahman Mengaji, Merdu Sungguh!

Published on

Peserta program realiti, Gegar Vaganza 9, Fuad Rahman menarik perhatian ramai apabila muncul dalam rancangan Geng Ngaji di Astro Oasis.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh isterinya, Fuad diminta membaca beberapa ayat daripada petikan Surah Taha.

Fuad Rahman mengaji, Tom tak pandai sangat

@rajakingtom #gengngaji #astroria #live #gegarvaganza9 #tomfuadrahman #fuadrahmantom #tomfuadrahman #tomgv9 #singapore ♬ original sound – Tom

Jelas kedengaran penyanyi dari Singapura itu membaca dengan penuh penghayatan dan merdu.

Dalam perkongsian itu, isterinya yang juga merupakan seorang penyanyi iaitu Tom berkata, hanya Fuad yang mengaji kerana dirinya belum pandai.

“Jangan nilai daripada luaran” – Netizen

@rajakingtom sementara tunggu berbuka…#fuadrahmantom #tomfuadrahman #tomgv9 #tomfuadrahman #gegarvaganza9 ♬ original sound – Tom

Di ruangan komen, para peminat meluahkan rasa terkejut dan memuji Fuad yang pandai mengaji meskipun bertatu serta bertindik.

Mereka memberi pendapat seseorang tak boleh dinilai hanya daripada luaran. Mereka turut mendoakan semoga Tom juga lancar mengaji suatu hari nanti.

Untuk rekod, pasangan Fuad Rahman dan Tom telah selamat bergelar suami selepas melangsungkan pernikahan di Batam, Indonesia, Februari lalu.

Pasangan ini pernah menjalinkan hubungan cinta suatu ketika dahulu namun terputus selepas Fuad dijatuhi hukuman penjara akibat kesalahan penyalahgunaan dadah.

Mereka kembali menjalin hubungan mesra selepas bertemu di program Gegar Vaganza musim ke-9 tahun lalu.

BACA: Tom Tengok Bukti Perbualan Hubungan Ada Masalah, ‘Get Back’ Sebab Ikhlas Nak Jaga Fuad Rahman

Kredit: TikTok Tom

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version