Trending

“Benda Soft P*rn Tayang Dekat Malaysia?” – Netizen Jijik Tengok Babak ‘Bilik Mandi’ Dua Pelakon Ini

Published on

Drama Melayu dah selit unsur kebaratan. Itulah yang dikatakan netizen selepas tular potongan babak daripada drama Layang-Layang Perkahwinan lakonan pelakon popular Shukri Yahya dan Alya Iman.

Dalam video pendek itu, Shukri yang memegang watak sebagai Azim dilihat mandi di bilik mandi sebelum Alya Iman sebagai Tsuraya datang menghampirinya.

Mereka berbual mengenai sesuatu sebelum Azim yang tak berbaju bertanyakan Tsuraya sama ada wanita itu sudah mandi. Azim kemudian menarik tangan Tsuraya dan wanita itu hanya tersenyum.

Babak berkenaan mengundang rasa jijik netizen menyifatkan ianya mempunyai unsur lucah dan tak sesuai ditayangkan di Malaysia.

Tak kurang juga yang terkejut apabila pelakon popular seperti Shukri Yahya mengambil ‘job’ sedemikian. Katanya, produksi Malaysia dah normalisasikan budaya Barat. Apa pandangan korang pula?

BACA: Amir Ahnaf Dikecam Dek Kerana Babak ‘Soft Po*n’, Wanita Buat Aksi Bawah Meja

Kredit: X Bbie.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version