Hati wanita mana yang tidak terguris apabila sering disoal mengenai kehadiran zuriat. Lebih-lebih lagi apabila persoalan turut dilempar pelbagai kritikan.
Itulah yang berlaku kepada Instafamous, Bella yang terkesan apabila ditanya netizen berkaitan anak.
Bella yang merupakan isteri kepada Youtuber terkenal, Alief Irfan secara tiba-tiba menangis meminta suami dan ibu mentua bersabar menunggu kehadiran zuriat darinya.
Bella dalam keadaan sebak berharap dia diberi peluang menggembirakan hati keluarga dengan kehadiran zuriat pertama mereka.
Ibu mentuanya walau bagaimanapun berkata Bella tidak perlu terlalu memikirkan hal itu. Apa yang penting adalah mereka menyayanginya dengan sepenuh hati meski masih belum dikurniakan anak.
Suaminya turut dilihat memeluk Bella memberikan kata-kata semangat buat isterinya itu.
Terdahulu, Alief dalam laporan mStar Online meminta pengikut di media sosial tidak bertanyakan soalan sensitif itu memandangkan isterinya mempunyai masalah kegelisahan melampau (anxiety).