Trending
Bekas Ketua Perisikan Didakwa Rasuah Di Mahkamah, Libat Pegawai Tentera Dan Individu Berprofil Tinggi
Bekas Ketua Perisikan bakal didakwa rasuah esok bersama individu berprofil tinggi termasuk pegawai tentera.
Seorang bekas Ketua Perisikan dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jenayah di sini hari ini bagi menghadapi pertuduhan rasuah, sekali gus mencuri tumpuan ramai.
Menurur laporan Harian Metro, prosiding pendakwaan terhadap bekas pegawai kanan itu akan berlangsung serentak dengan beberapa individu berprofil tinggi lain, termasuk seorang pegawai kanan tentera, bermula jam 8.30 pagi.
Pegawai Kanan Tentera turut didakwa

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pegawai kanan tentera turut difahamkan akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah pada hari ini, menjadikan kes ini antara yang paling mendapat perhatian.
Beberapa individu dihadapkan ke mahkamah

Pertuduhan esok juga melibatkan kes di bawah Op Nature dan Op Pump.
Bagi Op Nature, seorang individu bergelar Datuk dan seorang warga asing akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah Seremban.
Sementara itu, bagi Op Pump, seorang penjawat awam yang ditahan menerusi operasi tersebut akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Op Nature dilaksanakan secara serentak oleh SPRM Selangor dan SPRM Negeri Sembilan pada 20 Januari lalu, melibatkan serbuan di Klang, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan.
Manakala menerusi Op Pump, SPRM menahan 37 pegawai agensi penguat kuasa yang disyaki bersekongkol dengan sindiket membawa masuk warga asing melalui pintu masuk udara negara menggunakan modus operandi Counter Setting atau ‘laluan kaunter khas’.
Pssttt! Tiada siapa kebal daripada undang-undang. Ketelusan dan integriti penjawat awam perlu dipertahankan demi kepercayaan rakyat dan masa depan negara.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM