Trending

Bayaran Fasa 2 Bantuan Khas Covid-19 Dibuat Bermula Khamis Ini

Published on

Bayaran Fasa 2 bagi Bantuan Khas Covid-19 yang membabitkan peruntukan sebanyak RM300 juta kepada isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin akan dibuat bermula Khamis ini.

BACA : “Bantuan Kewangan Akan Terus Berjalan” – Tengku Zafrul

Menurut laporan Berita Harian, peruntukan itu akan memberi manfaat kepada 700,000 penerima dan perkara ini dikatakan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri juga menegaskan bahawa kerajaan sentiasa peka terhadap kesusahan yang dialami rakyat bagi meringkan sedikit beban yang ditanggung.

Bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, kerajaan juga akan terus komited memastikan bantuan yang disediakan dapat disalurkan secara berkesan.

Bayaran Fasa 3 pula akan dibuat pada bulan Disember nanti mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ketika itu, kerajaan memperuntukan sebanyak RM1.2 bilion yang membabitkan sebanyak 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dna B40.

Semoga dengan usaha kerajaan ini dapat mengurangkan beban insan-insan yang tidak bernasib baik sepanjang wabak ini melanda dunia.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Exit mobile version