Trending

Baru Sampai Dari Jeddah, Ebit Lew Terus Buat Laporan Polis Mengenai Fitnah Melampau

Published on

Baru-baru ini, tular di media sosial pendedahan pempengaruh Indonesia di sesi podcast bersama Caprice mendakwa seorang pendakwah telah mengusap tangan termasuk cuba untuk mencium dirinya.

BACA: Bukan Hanya Tangan Diusap-Usap, Mondy Tattoo Dedah Pipi Diusap Dan Cuba Dicium Pendakwah Terkenal

Wanita bertatu dikenali sebagai Mondy mendakwa kejadian itu berlaku ketika dia datang ke Malaysia untuk dibantu pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Terbaru, Ebit Lew tampil menyatakan beliau telah membuat satu laporan polis terhadap fitnah melampau dan tak berasas ke atas dirinya.

Ebit Lew juga telah menyerahkan urusan undang-undang lain kepada peguam yang dilantik untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, Caprice dikecam hebat netizen didakwa berpakat dengan Mondy untuk mengaibkan pendakwah terkenal tersebut.

Kredit: Instagram Caprice

Namun, Caprice menafikan dakwaan itu menyatakan dia mempunyai bukti kukuh dan telah menyerahkan bukti itu kepada pihak polis.

Kredit: Instagram Ebit Lew

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Exit mobile version