Kejadian di Florida Amerika Syarikat, pasangan kekasih telah ditahan kerana melakukan hubungan intim di bahagian tempat duduk belakang sebuah kereta polis sambil merakam aksi tidak senonoh itu.
Menerusi laporan Kosmo, pasangan itu telah ditahan kerana Yordan Noa, memandu BMW miliknya dengan lesen yang telah digantung.
Bangga lakukan hubungan seks dalam kereta polis
Pegawai polis, J.D. Perez-Morales yang telah menahan pasangan itu mengarahkan mereka berdua duduk di bahagian belakang tempat duduk dan kemudian mereka melakukan aksi tidak senonoh itu sambil menghubungi rakannya menggunakan FaceTime.
Watkins dikatakan dengan perasaan bangga memberitahu rakannya bahawa mereka sedang melakukan hubungan seks di dalam kereta polis.
Wanita itu kemudian ditahan oleh Morales atas dakwaan melanggar ketenteraman dengan melakukan aksi lucah.
Pasangan kekasihnya, Noa juga turut ditahan kerana memandu menggunakan lesen yang digantung dan mempunyai barangan terlarang serta membuat aksi tidak senonoh dihadapan orang ramai.
Namun, kedua-dua mereka ini dibebaskan selepas membayar ikat jamin dan akan dibicarakan di mahkamah pada Disember depan.