Semalam, Datuk Seri Vida membuat satu perkongsian di laman sosial Instagramnya mengulas mengenai isu tidak duduk semeja dengan pembantu rumahnya ketika berbuka puasa.
“Apa masalah bibik makan tak semeja dengan saya?”
Menurut usahawan ini, dia tidak menyangka video tersebut menjadi perdebatan dalam kalangan netizen. Dia merasakan ianya tidak sepatutnya menjadi isu kerana pembantu rumah sebenarnya makan bersama kakak DSV sendiri iaitu Mok Jah.
Saya bagi bibik makan, waktu saya makan juga waktu berbuka. Mereka makan di meja sebelah sana, saya di meja sini dengan tenangnya.
Saya tak fahamlah, lagipun mereka makan dengan kakak saya Mok Jah, macam satu family.
Terdahulu, viral video di TikTok yang mempersoalkan adakah terdapat perbezaan taraf antara DSV dan bibiknya kerana mereka tidak duduk semeja sewaktu berbuka puasa.
Tambah Datuk Seri Vida lagi, beliau terkejut dengan hantaran individu berkenaan serta mengatakan tajuk yang digunakan boleh mengundang fitnah sehingga boleh memburukkan imej beliau.
Saya faham zaman sekarang orang nak VIRAL sampai sanggup buat CONTENT CONTENT sebegini tanpa usul periksa sehingga mengundang fitnah dan kecaman. Kalau tak ada perkara baik yang nak di kongsikan dan di perkatakan, lebih baik diam.
Bertabahlah Datuk, begitulah sikap segelintir netizen di Malaysia yang suka mencari kesalahan orang lain.