Trending

“Arwah Tinggalkan Pesan Minta Maaf Kepada Semua Orang” – Ina Naim

Published on

Isteri kepada Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim memaklumkan pemergian suaminya sangat mudah dan tenang.

Ketika menghembuskan nafas terakhir, isteri dan anak-anak arwah berada di samping malah seorang daripada anak sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah.

Menurut Ina lagi, ketika hidup, arwah suami ada cakap hendak hidup sehingga usia 43 tahun, dan 12 Oktober lalu genap usia arwah 43 tahun.

Saya mohon maaf jika suami saya tersilap kata atau ada menyinggung perasaan mana-mana pihak atau termakan, terminum atau terambil apa-apa, saya memohon maaf bagi pihak dia.

Jatuh sakit sejak Ogos lalu, Suhaimi hanya meninggalkan pesanan meminta maaf kepada semua orang seperti yang dimuat naiknya di TikTok.

Sebagai isteri, Ina berharap orang ramai atau sesiapa sahaja dapat memaafkan suaminya. Jenazah Suhaimi selamat dikebumikan sekitar 9 pagi tadi Kampung Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Exit mobile version