Trending

“April Fool Haram Di Sisi Agama, Atau Untuk Selamatkan Diri, Takut Diboikot?” – Amin Idris

Published on

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman membuat ‘U-turn’ mengatakan tiada video raya dikeluarkan tahun ini.

Usahawan ini berkata dia hanya membuat prank atau April Fool yang biasanya disambut pada 1 April.

BACA: Orang Ramai Digesa Boikot Produk Datuk Aliff Syukri Seperti Boikot KK Mart

Terbaru, pengacara, penulis dan penceramah bebas Amin Idris menegur Aliff Syukri menjelaskan April Fool haram disambut dari segi agama.

Amin Idris mempersoalkan bagaimana Aliff Syukri mahu meminta maaf kepada setiap orang yang telah ditipunya dengan prank tersebut.

Soal beliau lagi, adakah benar video kontroversi yang dikeluarkan hanya prank atau sekadar mahu menyelamatkan diri daripada perniagaannya diboikot orang ramai.

Beliau menyarankan Aliff Syukri sebagai ketua keluarga supaya memimpin anak-anak dan isteri memburu malam lailatul qadar di 10 terakhir Ramadan.

Kredit: Instagram Amin Idris

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version