Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang mengejar seorang pesalah trafik maut dalam kemalangan di Jalan Lingkafan Tengah 2 (MRR2) menghala ke Plaza Tol Gombak pagi tadi.
Menurut laporan Berita Harian, seorang penunggang motosikal cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya dalam satu operasi oleh JPJ Kuala Lumpur pukul 10 pagi.
Mangsa kemudiannya cuba mengejar suspek sebelum terbabas dan jatuh di atas jalan raya. Kemudian, terdapat sebuah kereta yang merempuh mangsa kerana tidak sempat mengelak.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan perkara ini telah dikatakan sendiri Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail.
Kesiannya, disebabkan ada invididu yang buat salah tu lari, orang lain yang jadi mangsa sampai meninggal dunia. Semoga keluarga mangsa tabah atas pemergian insan tersayang.