Terbaru, penceramah ini diperli ‘double standard’ kerana tidak membuat sebarang bantahan terhadap konsert Dewa 19 yang berlangsung semalam.
Dalam satu hantaran di Instagram, PU Syed bagaimanapun menjawab dia tidak mempunyai daya untuk membantah semua konsert yang diadakan.
Dia juga tidak bekerja untuk melihat setiap hari mana-mana konsert yang bakal diadakan di sini.
Ujarnya, adalah tidak wajar jika beliau digelar double standard kerana beliau pernah menegaskan mana-mana perbuatan mungkar dan mendatangkan dosa wajib dicegah. Tetapi beliau bukanlah sesiapa kerana tak ada kuasa.
Tambahnya, tugas-tugas ini bukan terletak di bahu ustaz sahaja tetapi kewajipan semua umat Islam.