Connect with us

Trending

“Alia Akan Dipukul Setiap Hari” – Tak Tahan Lihat Kanak-Kanak Dipukul, TikToker Akui Rakam Wanita Dera Kanak-Kanak

Isu penderaan terhadap kanak-kanak dilihat semakin hari semakin menjadi-jadi dalam kalangan rakyat di Malaysia.

BACA: Tular Video Wanita Rambut Pink Dera Budak Dengan Batang Penyapu Buat Netizen Geram!

IKLAN

Bahkan, pagi tadi tular pula satu video memaparkan seorang wanita bertindak mendera seorang kanak-kanak dengan menggunakan sebatang penyapu ketika makan.

@theaqil7

⚠️CHILD ABUSE⚠️ tolong gunakan kuasa korang !!!

♬ original sound – AQIEL

Video yang tular itu membuatkan ramai pihak geram melihat tindakan wanita itu yang mendera kanak-kanak terbabit sehingga menangis teresak-esak ketika makan.

TikToker akui rakam tindakan wanita itu

Terbaru, seorang TikToker bernama Aqil tampil memberikan kenyataan bahawa dialah yang bertanggungjawab merakam serta menyebarkan video tersebut sebagai bukti untuk diberikan kepada pihak polis.

@theaqil7 #justiceforalia ♬ original sound – AQIEL

Ya, saya yang merakam video itu secara senyap-senyap tanpa pengetahuan majikan saya.

Saya dan rakan saya seramai empat orang duduk di rumah itu dan bekerja.

TikToker itu turut memaklumkan bahawa kanak-kanak yang dikenali sebagai Alia itu akan dipukul hampir setiap hari ketika waktu makan.

Kami dah tak tahan (bila kami duduk situ), nampak Alia dipukul sebegitu setiap kali makan.

Bukan dipukul sebab nakal ke apa, Alia itu memang seorang budak yang baik, memang tak nakal, tak pernah pun lari-lari (ataupun) lompat-lompat.

Hampir setiap hari Alia akan dipukul hanya disebabkan makan lambat, taknak makan dan kenyang.

Aqil turut menambah bahawa kanak-kanak tersebut berstatus anak angkat kepada wanita berkenaan.

Alia ni anak angkat dia (majikan). Dia ambil Alia pada bulan Februari tahun 2022. Jadi, belum sampai setahun pun dia (majikan) membela Alia.

Dia kemudiannya terus membuat laporan polis berhubung isu berkenaan dan difahamkan suami serta wanita yang mendera kanak-kanak itu kini telah pun ditahan pihak polis.

Pada pukul 4 pagi (22 Julai) tadi, si pelaku dan suaminya telah pun ditangkap.

Selepas membuat siasatan polis, terus ke mahkamah (Bangi) dan pada pukul 10 si pelaku telah dijatuhkan hukuman reman selama tujuh hari.

Aqil turut berharap dia dan rakan-rakannya dapat berjuang berhabis-habisan demi keadilan buat kanak-kanak tersebut.

Selagi boleh lawan, kita lawan

Perkongsian aqil itu turut mendapat respon netizen. Rata-rata mereka memuji tindakan TikToker itu dan turut sama memberikan sokongan demi memastikan keadilan buat Alia terbela.

Kredit: TikTok theaqil7

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis sambilan di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas