Connect with us

Oh! Media

“Aku Puji Kau Jantan Kiriman Kaabah..” – Elcah Sindir Siapa?

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Artis

“Aku Puji Kau Jantan Kiriman Kaabah..” – Elcah Sindir Siapa?

Elcah disaman Fattah Amin, tampil muat naik video sindir lelaki misteri yang sibuk hal peribadinya.

Nama pempengaruh Elcah tiba-tiba jadi topik hangat semalam bila dia disahkan sudah disaman oleh pelakon terkenal, Fattah Amin. Semua ni gara-gara dakwaan hantaran berbaur fitnah yang dikatakan mencalarkan imej bintang drama popular tu.

Tapi cerita tak habis kat situ je. Tengah kecoh pasal saman, Elcah tiba-tiba muat naik satu video di Instagram Story yang sekali lagi buat ramai tertanya-tanya.

Elcah sindir lelaki misteri…

Elcah

Dalam video tu, Elcah atau nama sebenarnya Aien Hasha, luah rasa terkilan dengan seorang lelaki yang selama ini dianggap baik. Katanya, dia dah tak tahan bila lelaki tu mula menyibuk hal rumah tangganya.

IKLAN

Aku puji kau jantan kiriman Kaabah tapi kau ada masalah personal dengan suami aku nak menyibuk hal aku. Sudah-sudahlah, aku tahu kau kaya dan bosan.- Katanya.

Kenyataan pedas tu nyata mencetuskan lagi spekulasi netizen yang cuba meneka siapa sebenarnya individu yang dimaksudkan.

 0309

Bukan ditujukan pada Fattah Amin…

Disebabkan risau akan timbul salah faham, Elcah cepat-cepat buat penjelasan. Dia tegaskan mesej sindiran tu langsung tak ada kena mengena dengan Fattah Amin.

Sorry story tu aku bukan cakap pasal idola kesayangan korang tau. Story tu aku cakap pasal jantan yang berdiri atas lamborghini dia tu.

Sebab suka sangat nak sibuk hal aku sedangkan orang citer buruk pasal dia sikit pun aku tak buruk kan dia.

Aku siap bagitahu dia orang ni cakap pasal dia. Eh tetibe kau ada isu personal nak masuk campur hal aku. Please la move on. Terima kasih.- Jelasnya.

 0310

Walaupun dah buat penafian, isu saman dan video sindiran tu tetap jadi bahan bualan di media sosial. Ramai yang berdebat sama ada Elcah patut terus berdiam diri atau lawan balik dengan kenyataan terbuka.

Pssttt! Bila kita terlibat dengan kontroversi, apa saja yang kita muat naik di media sosial boleh jadi bahan salah faham. Macam kes Elcah ni, niat nak luah perasaan pun boleh mengundang spekulasi. Korang kalau ada masalah peribadi, lebih baik selesaikan secara tertutup. Kadang-kadang diam tu lagi selamat daripada tambah minyak dekat api.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas