Trending

Akaun YouTube Ini Selamba Buat Animasi Hina Nabi Muhammad SAW Untuk Sesatkan Penonton, Siap Reka Wajah Rasulullah

Published on

Kecoh di media sosial apabila terdapat satu akaun di saluran YouTube ini memang secara terang-terangan menghina Nabi Muhammad SAW dengan animasi berunsur sensetif. Kurang ajar betul!

Menerusi satu perkongsian di X, seorang individu berkongsi perkara ini bagi memberi kesedaran pada orang ramai untuk ‘report’ akaun itu.

Jom ramai-ramai report akaun ni! Mereka pun ada akaun X, tolong laporkan semua akaun yang mereka ada, mereka punya tahap menghina Nabi kita dah melampau!

Akaun YouTube ini juga dicipta bagi menyebarkan cerita kononnya berdasarkan hadis tapi sudahpun diubah bagi menyesatkan penonton.

Bukan tu jer, dengan selambanya akaun YouTube itu menggambarkan raut wajah Rasulullah SAW tanpa rasa bersalah. Sakit hati betul!

Kalau korang tengok ruangan komen, ramai yang bengang dengan penghinaan yang dilakukan dan sudah ‘report’ akaun itu.

Sakit hati betul tengok benda ni, Allahu kau bagi lah pembalasan yang setimpal dengan pelaku ni.

Dah report lama dah tapi tak tahu bila nak banned ni.

Done report! Selagi ada video dorang dekat media sosial tolong report. Jalankan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim.

Kredit: X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version