Trending

Ahlong Simbah Cat Merah Salah Rumah, Minta Pula Mangsa Tolong Cari Rumah Sebenar Penghutang

Published on

Baru-baru ini tular dekat Facebook, seorang pengguna yang terkejut apabila rumah dan kereta miliknya di simbah dengan cat merah oleh ‘Ahlong’.

Menerusi perkongsian tersebut, pengguna yang dikenali sebagai Azhar Md Arif menjadi keliru kerana bukan dirinya yang berhutang tetapi jirannya. Ini dapat dilihat dalam alamat surat dengan tulisan merah yang ditampal Ahlong dan tertera alamat sebenar penghutang.

Menurut Azhar, kejadian tersebut berlaku lebih kurang pukul 12 malam semalam apabila dia terdengar jeritan jiran depan rumahnya.

Dah salah rumah, Ahlong pula minta tolong cari penghutang sebenar

Rumah aku nombor 288, rumah penghutang nombor 286, aku WhatsApp si Ahlong, si Ahlong siap suruh kita pulak cari owner rumah tu.

Jelasnya, sebaik sahaja dia keluar dari rumah, kelihatan dua orang lelaki menunggang motosikal terus beredar dari rumahnya selepas mencampakkan sebotol cat merah di depan rumah.

Sudah lah salah rumah, dia boleh suruh kita cari si penghutang tu, sabar sahaja lah.

Dalam pada itu, Azhar berkata dia membuat hantaran tersebut supaya orang ramai lebih berwaspada. Dia turut memohon doa daripada orang ramai supaya dirinya dilindungi selepas diganggu oleh ‘Ahlong’ tersebut.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version