Menerusi episod yang ditayangkan semalam, watak utama bagi drama ini iaitu Khuzairi (Shukri Yahya) telah selamat diijabkabulkan bersama Nurul Ain (Wafariena) kerana ingin menjadi ‘pak sanggup’ kepada ayahnya, Pak Samad (Kazar) yang didakwa telah menghamilkan Nurul Ain.
Hukum perkahwinan Khuzairi dan Nurul Ain
Susulan dari jalan cerita drama tontonan ramai itu, satu persoalan mula timbul dalam kalangan netizen yang tertanya-tanya adakah sah dari segi agama perkahwinan di antara dua watak drama berkenaan.
Sehubungan dengan itu, satu video penjelasan dibuat penceramah bebas, PU Azman yang juga merupakan salah seorang pelakon bagi drama tersebut.
Menerusi video di TikTok PU Azman atau mesra disapa Cik Man itu, dia menjelaskan bahawa perkahwinan di antara Khuzairi dan Nurul Ain itu adalah sah di sisi mazhab Shafie. PU Azman turut membaca ayat ke-24 dari Surah An-Nisa’ bagi menguatkan lagi kenyataannya.
Di akhir video, PU Azman sempat bergurau dengan melarang Khuzairi dari mengahwini Fatin, watak dilakonkan Reen Rahim yang merupakan bekas isteri kepada Taufik, lakonan PU Azman.
Komen netizen
Video penjelasan yang dibuat PU Azman itu mendapat komen dari warganet yang memuji tindakannya yang menjelaskan beserta dalil. Ada juga dalam kalangan netizen yang terhibur dengan gurauan Cik Man di akhir video.
Apa-apa pon kita tunggu pengakhiran drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini yang sering membuat para penonton tidak senang duduk.