Pendakwah kontroversi, PU Abu didakwa buat hal lagi apabila menghubungi bekas isteri, Hana Azraa. Menerusi pendedahan di Instagram Story, Hana memberi amaran kepada bekas suaminya itu supaya tak melakukan hal itu. Biar betul?
Katanya, dia terpaksa mendedahkan perbualan mesej kepada umum supaya dia berhenti diganggu. Walaupun nama pengirim mesej tak didedahkan, ramai dapat mengagak ianya pendakwah itu berikutan isu sensasi yang tercetus sebelum ini.
PU Abu tak duduk diam dan tampil membalas kenyataan yang dibuat bekas isterinya itu.
Sebenarnya dalam hidup ada benda yang patut jadi privacy kita patut simpan sebagai privacy.
Melainkan kita ada niat tak baik kenapa tidak dedahkan hal privacy tersebut.
PU Abu juga mengatakan yang kita tak boleh terlampau percayakan apa yang keluar di media sosial.
Media sosial ini tempat kita bagi manfaat kepada orang lain, bukan tempat kita menceritakan peribadi kita mahupun peribadi orang lain.