Trending

Ada Kesan Darah Pada Najis, Gajah Betina Ditemui Mati Tepi Jalan

Published on

Dipercayai termakan racun atau baja tanaman kebun, seekor gajah betina berusia 20 tahun seberat dua tan ditemui mati di tepi jalan berdekatan Kampung Pinang, Pedu, Padang Terap Kedah.

BACA: Sedih, Belalai Anak Gajah Dipotong Kerana Terkena Perangkap

Memetik laporan Harian Metro, bangkai gajah itu ditemui dalam keadaan ‘terduduk’ oleh seorang penduduk yang keluar menoreh kira-kira jam 7.30 pagi.

Kata penduduk yang dikenali sebagai Shazwan Ismail, terdapat kesan darah bersama najis berkemungkinan akibat termakan racun atau baja tanaman.

Penduduk kampung sudah lebih sebulan melihat sekumpulan tujuh gajah berkeliaran di kawasan kebun getah, ada kemungkinan gajah betina ini salah seekor daripada kawanan haiwan liar itu.

Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah, Jamalun Nasir Ibrahim, pihaknya kini sedang menyiasat kejadian dan menunggu laporan untuk mengetahui punca sebenar kematian gajah itu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version