Trending
500 Rakyat Malaysia Masih Terkandas Di Hatyai, Misi Menyelamat Giat Dijalankan
500 rakyat Malaysia masih terkandas di Hatyai akibat banjir. Menteri Luar sahkan misi menyelamat sedang berjalan.
Situasi banjir di Hatyai, Thailand terus meresahkan apabila kira-kira 500 rakyat Malaysia masih terkandas sehingga semalam.
Menurut laporan Kosmo, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang memaklumkan perkara itu dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Lebih 27,000 sudah pulang, 500 masih terperangkap banjir

Menurut beliau, hampir 27,199 rakyat Malaysia telah pulang sejak 22 hingga 25 November lepas.
Laporan saya terima, seramai 177 lagi rakyat Malaysia telah pun diselamatkan pagi ini.
Jabatan Imigresen merekodkan 2,204 rakyat Malaysia menyeberangi sempadan di Bukit Kayu Hitam.
Mohamad berkata demikian bagi menjawab soalan Wong Shu Qi (PH-Kluang) mengenai langkah kerajaan membantu mereka yang terkandas di selatan Thailand.
Pelajar dan pensyarah masih terperangkap di hotel

Beliau turut mendedahkan bahawa sekumpulan pensyarah dan pelajar Malaysia masih terperangkap di sebuah hotel di bandar lama Hatyai.
Kawasan itu terletak berhampiran sungai, dan arus deras menghalang sebarang kenderaan memasuki lokasi.
Saya dimaklumkan hujan telah berhenti semalam dan pasukan penyelamat telah pergi untuk menyelamatkan mereka pagi ini.
Pssttt! Musim hujan memang tak menentu. Kalau nak melancong, pastikan semak cuaca dan status keselamatan kawasan terlebih dahulu. Keselamatan jangan dibuat main!
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.