Connect with us

Oh! Media

Siapa Sangka, 5 Filem Malaysia Ini Rupanya Diinspirasikan Dari Kisah Benar!

Trending

Siapa Sangka, 5 Filem Malaysia Ini Rupanya Diinspirasikan Dari Kisah Benar!

Siapa sangka rupanya sudah banyak filem-filem Malaysia yang telah terhasil berlatarkan kisah benar. Malah, filem-filem yang dihasilkan juga telah banyak memberi inspirasi dan pengajaran dalam kehidupan kita.

ADVERTISEMENT

Jadi untuk perkongsian kali ini, kami nak kongsikan dengan korang antara 5 filem Malaysia yang telah diadaptasikan dari kisah benar. Haaa, mungkin ada yang sudah tahu dan mungkin juga masih ada yang tidak tahu.

Berikut adalah senarai filem Malaysia yang telah diadaptasi dari kisah benar:

1. Ola Bola (2016)

Pengarah: Keng Guan Chiu

Barisan Pelakon: J.C. Chee, Luqman Hafidz & Sri Balasubramaniam

Ola Bola adalah movie bola sepak sukan Malaysia pada tahun 2016 yang diarahkan oleh Chiu Keng Guan. Movie ini diilhamkan oleh kisah benar kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia yang berjaya memasuki Olimpik Musim Panas 1980.

Filem ini dilancarkan di pawagam Malaysia pada 28 Januari 2016 yang lalu dan sehingga kini, Ola Bola masih berada di kedudukan movie Malaysia terlaris ‘top 10’ sepanjang masa.

Ola bola merupakan sebuah kisah seorang wartawan, Marianne yang telah ditugaskan untuk meneliti pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia tahun 80-an. Dengan perasaan kecewa mengenai kehidupan kerjanya di Malaysia, dia memutuskan untuk berhijrah ke England setelah menyelesaikan projek itu.

Filem ini bukan hanya berkisarkan perjalanan kisah benar wartawan dan juga pasukan bolasepak negara, namun turut berceritakan kisah tentang situasi dunia pada waktu ketika itu.

2.Redha (2016)

Pengarah: Tunku Mona Riza

Barisan pelakon: Namron, Remy Ishak, Zahiril Adzim

Redha adalah satu filem drama Malaysia 2016 yang telah dipilih sebagai penyertaan Malaysia untuk Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-89 tetapi sayangnya tidak dicalonkan.

Filem inspirasi dari kisah benar ini menceritakan tentang kehidupan ibu bapa membesarkan anaknya yang menghidap penyakit autisme.

Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai penyakit autisme, syarikat produksi Current Pictures Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif dengan menerbitkan sebuah filem berjudul Redha yang memberi tumpuan kepada penceritaan mengenai ibu bapa yang membesarkan anak yang menghidap autisme. 

3. Lee Chong Wei: Rise of the Legend (2018)

Pengarah: Teng Bee

Barisan Pelakon: Jake Eng, Tosh Chan, Rosyam Nor & Mark Lee

Filem ini mengisahkan tentang Datuk Lee Chong Wei yang daripada kecil mula menyedari bahawa beliau mempunyai bakat dalam permainan badminton. Sehingga satu babak menarik apabila beliau bertemu dengan juara dua kali sukan olympik iaitu Lin Dan. Filem ini sebenarnya diarahkan oleh Teng Bee berdasarkan sejarah ‘Dare to Be a Champion’  oleh Lee Chong Wei.

Antara dialog menarik yang terdapat di akhir filem ini ialah “Jangan jadi macam saya, kamu mesti lebih baik daripada saya!”.

4. Paskal (2018)

Pengarah: Adrian Teh

Barisan Pelakon: Hairul Azreen, Ammar Alfian & Henley Hii

Filem ini diadaptasi dari kisah benar tentang kepayahan pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukaan Khas Laut atau PASKAL dalam misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Paskal The Movie, mengisahkan tentang Leftenan komander Arman Anwar, seorang anggota Pasukan Khas Laut ( PASKAL ) iaitu pasukan elit tentera Laut Diraja Malaysia. Namun ibunya tidak merestui pekerjaannya kerana ayahnya juga seorang ahli PASKAL yang telah terkorban semasa menjalankan tugas.

Apabilah rakan sepasukannya terkorban dan seorang lagi diberhentikan, Arman membuat keputusan untuk berhenti. namun, dia terhimpit dengan misi terakhir yang perlu diselesaikan. Iaitu misi untuk merampas kembali kapal dagang MV bunga Laurel daripada lanun Somalia di TEluk Aden.

5. Tanda Putera (2013)

Pengarah: Shuhaimi Baba

Barisan Pelakon: Rusdi Ramli, Zizan Nin & Faezah Elai

Filem ini mengisahkan tentang persahabatan yang akrab di antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya, Tun Dr. Ismail yang terpaksa berahsia serta mengetepikan masalah kesihatan yang dihadapi masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran daripada tercetusnya peristiwa hitam pada 13 Mei 1969

Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia mengenai penyakit leukemia yang dihadapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri.

Kedua mereka memiliki aura yang kuat. Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar, Kara dan anak muda, Zaman. Tun Razak dan Tun Dr Ismail mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.

Dalam banyak-banyak filem Malaysia yang telah diinspirasikan dari kisah benar, filem mana yang paling terkesan sekali dalam kehidupan korang?

Kredit: Media Hiburan, Astro Shaw

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas