Mereka gagal dihubungi pada Sabtu menyebabkan ahli keluarga meminta pertolongan orang ramai mencari di media sosial.
Terbaru, kes itu selesai apabila pemilik akaun Facebook bernama Ah Pek yang dipercayai waris mengesahkan keluarganya ditemui selamat.
Sukarelawan khidmat komuniti percuma, Ahmad Nazrul daripada JNZA Gaung Global berkata empat beranak ini ada singgah makan di sebuah restoran sebelum balik rumah.
Mereka dipercayai terputus hubungan dengan ahli keluarga kerana telefon rosak masuk air ketika snorkeling di pulau itu.