Data di CovidNow menunjukkan kita sudah cecah 94.9 peratus atau 22.2 juta populasi dewasa sudah lengkap sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.
Lengkap 100 peratus pada Februari
Menurut portal CovidNow, Malaysia dijangkakan untuk mencapai 100 peratus kadar populasi dewasa lengkap divaksin pada 26 Februari 2022, dalam 137 hari lagi.
Remaja atau pelajar yang berumur 12 hingga 17 tahun yang sudah menerima lengkap dos vaksinasi adalah sebanyak 9 peratus atau seramai 283,023 orang dan lebih dari 2 juta orang yang sudah mendapat sekurang-kurang satu dos vaksinasi Covid-19.
Secara keseluruhan, rata-rata dalam 65.6 kadar populasi rakyat Malaysia yang sudah lengkap dua dos suntikan dan 75 peratus populasi yang sekurang-kurangnya lengkap satu dos vaksinasi.
Menjelang 26 November iaitu 45 hari dari tarikh hari ini, CovidNow menjangkakan Malaysia akan mencapai 80 peratus lengkap vaksinasi bagi keseluruhan penduduk.
Semoga program vaksinasi ini akan terus berjalan dengan lancar dan sama-sama kita mengingatkan mereka yang masih belum mendaftar untuk suntikan vaksin.