Oh! Tidak
Warga Emas Umur 81 Dan 69 Tahun Ditahan Berkhalwat Dalam Rumah, Rupa-Rupanya Jiran Dah Tegur
Pasangan warga emas itu bukanlah tinggal bersama, tetapi berduaan di rumah itu ketika diserbu.
Tindakan seorang lelaki warga emas berusia 81 tahun bersama seorang wanita berusia 69 tahun di sebuah rumah di Lubok China, Melaka, membawa padah apabila mereka ditahan selepas disyaki bersekedudukan tanpa nikah pada malam Isnin lalu.
BACA: Disyaki Bersekedudukan Dengan Janda Anak 1, Pembuang Saka Terkenal Disiasat
Ditahan imam dan penduduk kampung

Difahamkan, serbuan dilakukan kira-kira jam 10 malam oleh imam, ketua kampung, anggota polis serta penduduk setempat sebelum memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Kedua-duanya kemudian dibawa untuk siasatan lanjut selepas gagal mengemukakan dokumen sah pernikahan.
Penduduk ada tegur

Menurut sumber kariah masjid, lelaki tersebut yang baharu kehilangan isteri sebulan lalu merupakan seorang peniaga dan sering dilihat keluar bersama wanita berkenaan.
Penduduk sebelum ini sudah menegur tindakan pasangan warga emas terbabit yang sering dilihat keluar berdua. Tetapi mereka bukanlah tinggal bersama di rumah itu, cuma ketika serbuan dibuat, hanya mereka berdua yang berada di dalam rumah.
Pasangan itu kini disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan tanpa nikah.
Gambar serbuan yang tular di media sosial turut menarik perhatian ramai, dengan ada yang menyuarakan pandangan berbeza.
Ada yang memuji tindakan pihak berkuasa, dan ada juga yang meminta agar mereka diberi ruang memandangkan usia lanjut.
Pssttt! Usia bukan alasan untuk terlepas daripada undang-undang, tetapi dalam masa sama, isu seperti ini juga mengingatkan kita tentang pentingnya menjaga maruah diri dan nama baik masyarakat. Apa pun, semoga pasangan ini diberi hidayah dan jalan terbaik untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara yang sah dan terhormat.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM