Connect with us

Oh! Media

Wanita Mengamuk Di Mergong Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Polis

Polis

Oh! Tidak

Wanita Mengamuk Di Mergong Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Polis

Wanita mengamuk di Mergong ditahan polis selepas bertindak agresif, memaki hamun dan tunjuk isyarat lucah kepada anggota polis.

Rakaman video seorang wanita mengamuk di kawasan Mergong yang tular sejak semalam akhirnya membawa kepada penahanan polis. Kejadian itu dirakam orang awam sebelum tersebar luas di media sosial.

Difahamkan, wanita terbabit bertindak agresif dan mengganggu ketenteraman awam sebelum pihak polis tiba untuk mengawal keadaan. Pusat Kawalan Daerah Kota Setar menerima panggilan pada jam 1.11 petang berhubung seorang wanita dipercayai kurang siuman. Wanita itu dilaporkan menumbuk seorang individu di sebuah syarikat di Mergong.

Susulan laporan tersebut, dua anggota polis menaiki kenderaan MPV diarahkan ke lokasi bagi memberi bantuan.

IKLAN

Suspek bertindak agresif terhadap polis

Setibanya di lokasi, polis mendapati wanita tempatan berusia 34 tahun itu sedang membuat kacau. Anggota polis memperkenalkan diri dan cuba memujuk suspek supaya bertenang.

Namun, suspek tiba-tiba meninggikan suara, memaki hamun dan menunjukkan isyarat lucah ke arah anggota polis.

Bagaimanapun, suspek secara tiba-tiba bertindak agresif dan provokatif dengan meninggikan suara, memaki hamun serta membuat isyarat lucah dengan menunjukkan jari tengah ke arah salah seorang anggota polis.- Katanya.

MyKad dibaling dan siasatan dibuka

Dalam kejadian sama, suspek turut membaling MyKad ke arah anggota polis serta meludah ke arah mereka dan rakan sekerjanya. Wanita itu juga mengeluarkan kata-kata menghina Islam.

Suspek ditahan pada jam 2.30 petang dan kes disiasat mengikut Seksyen 353, Seksyen 298 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Kenyataan kes dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Setar, Syed Basri Syed Ali.

Pssttt! Ohmedia harap kejadian macam ni jadi peringatan untuk korang semua supaya sentiasa kawal emosi dan patuh undang-undang. Bila hilang pertimbangan, tindakan kecil boleh jadi kes besar dan akhirnya menyusahkan diri sendiri.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas