Connect with us

Oh! Media

Wanita Honda Rempuh Kenderaan Ada 14 Rekod Jenayah!

rempuh kenderaan

Trending

Wanita Honda Rempuh Kenderaan Ada 14 Rekod Jenayah!

Tular seorang wanita larikan kereta Honda City pasangan suami isteri merempuh kenderaan lain di lampu isyarat berhadapan Setapak Central, Kuala Lumpur, semalam.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Video Honda City ‘Mengamuk’, Pemandu Wanita Kena Tibai Dengan Orang Awam

Menerusi laporan Kosmo, Superintendan Ashari Abu Samah, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju mengatakan pihaknya dapat mengesan tindakan wanita itu selepas melihat video berdurasi 31 saat yang tular di Twitter.

Suspek berumur 38 tahun, 14 rekod jenayah dan dadah

Hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang tadi di hadapan Kolej Vokasional Setapak, Jalan Genting Klang.

Ketika kejadian, pengadu bersama isteri telah keluar daripada kereta tanpa mematikan enjin kenderaan dan menyedari kereta telah dibawa lari oleh seorang wanita bangsa tidak pasti menghala ke pusat bandar.

Menurut Ashari, pengadu telah meminjam motosikal pengawal keselamatan di lokasi untuk membuat laporan di balai polis.

Apabila tiba di kawasan kejadian, pengadu melihat keretanya telah terlibat dalam kemalangan.

Pengadu telah meminta bantuan orang ramai untuk menahan suspek yang kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Hasil siasatan mendapati, suspek wanita yang berumur 38 tahun itu memiliki 14 rekod lampau kes jenayah dan dadah.

Patutlah gangster semacam dia! Dah biasa buat kerja rupanya.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas