Oh! Tidak

(Video) Budak 2 Tahun Tiba-Tiba Lari Lintas Jalan, Nasib Baik Kereta Sempat ‘Brake’

Published on

Tular di media sosial rakaman dashcam merakamkan detik cemas seorang kanak-kanak nyaris dilanggar kereta ketika melintas jalan.

BACA: Sikit Lagi Nak Kena Langgar, Netizen Geram Lihat Budak Lari Melintas Jalan Tanpa Pengawasan Ibu Bapa

Rakaman itu juga memaparkan pemilik kereta terpaksa menekan brake secara mengejut menyebabkan kenderaannya dilanggar daripada belakang.

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada Rabu lalu kira-kira jam 6.52 pagi di mana banyak kenderaan dalam perjalanan ke tempat kerja masing-masing.

Ibu kanak-kanak itu dipercayai berada di seberang jalan dan terus mendapatkan anaknya selepas kemalangan itu. Nasib baiklah anak selamat.

Semoga dijadikan pengajaran buat ibu bapa di luar sana. Sesungguhnya malang itu tidak berbau, kita hendaklah sentiasa berjaga-jaga untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version