Connect with us

Oh! Media

Tiga Lelaki Bertopeng Parang Didakwa Cuba Bunuh Cikgu Chandra

Ohmedia cikgu chandra

Oh! Tidak

Tiga Lelaki Bertopeng Parang Didakwa Cuba Bunuh Cikgu Chandra

Rumah Cikgu Chandra di Puchong didakwa diserang tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang.

Situasi cemas didakwa berlaku di Puchong apabila rumah seorang lelaki dikenali sebagai Cikgu Chandra diserang tiga individu bertopeng yang membawa parang.

Perkara itu didedahkan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menerusi perkongsian di Facebook selepas menerima panggilan daripada Cikgu Chandra yang dilaporkan dalam keadaan panik dan tercungap-cungap.

Brother, ada orang nak cuba bunuh saya!- Katanya.

Tiga lelaki memakai topeng penuh dan bersenjatakan parang didakwa masuk ke kawasan rumah tersebut sebelum merosakkan beberapa harta benda milik Cikgu Chandra.

IKLAN

Cikgu Chandra dan keluarga dilaporkan selamat dan dipindahkan

Dalam masa sama, Firdaus Wong meminta pihak berkuasa menyiasat siapa individu yang terlibat dan dalang di sebalik kejadian tersebut. Perkongsian terbaharu Firdaus Wong memaklumkan bahawa langkah keselamatan tambahan telah diambil bagi melindungi keluarga Cikgu Chandra.

Saya telah meminta sahabat untuk memindahkan keluarga Cikgu Chandra ke kawasan perumahan majoriti Muslim demi keselamatan mereka semua.- Katanya.

Firdaus Wong turut memaklumkan lokasi baharu keluarga tersebut dirahsiakan bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan.

Pssttt! Ohmedia harap kes melibatkan rumah Cikgu Chandra ini dapat disiasat segera oleh pihak berkuasa. Isu keselamatan seperti ini bukan perkara kecil dan semua pihak perlu bertenang sementara siasatan dijalankan.

Kredit: Facebook Firdaus Wong
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas