Connect with us

Oh! Media

“Tiada Apa Yang Tinggal, Hanya Air Mata Saja..” – Saloma, Mangsa Banjir

saloma

Trending

“Tiada Apa Yang Tinggal, Hanya Air Mata Saja..” – Saloma, Mangsa Banjir

Saloma yang berumur 64 tahun mengatakan tiada apa yang tinggal dan hanya air mata sahaja yang ada selepas rumahnya terjejas dengan banjir besar yang berlaku di Kampung Labohan Dagang, Banting, Selangor.

ADVERTISEMENT

BACA: Wanita Lambai Tangan Sambil Menangis, Sebak Sukarelawan Sudi Bersihkan Rumah

Menurut laporan Kosmo, Saloma hidup seorang diri di rumah dan masih belum berkahwin.

Buat bermacam kerja untuk menampung diri sendiri

saloma

Saloma kini menyara hidupnya dengan menggunakan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) sebanyak RM250 dan juga menggunakan wang simpanannya semasa bekerja dulu.

Ketika muda dan masih kuat, makcik pernah bekerja kilang di Teluk Panglima Garang dan Bangi sebelum berhenti pada 1999 serta pulang ke kampung di sini.

Selepas itu, bermacam kerja makcik buat termasuk sebagai pekerja pembersihan. Malah sewaktu masih larat, makcik mengambil upah melipat plastik dan bekerja di kilang rempah ratus.

Menurutnya, sekarang ini Saloma tidak boleh mengambil upah untuk kedua-dua pekerjaan itu kerana sudah tidak boleh duduk terlalu lama.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Saloma juga telah habis digunakan termasuklah untuk menunaikan umrah. Katanya, simpanan di Lembaga Tabung Haji juga digunakannya secara berhemah untuk kegunaan sendiri.

Ia tidaklah banyak mana, tak sampai RM10,000 pun namun makcik bersyukur atas pemberian rezeki Allah SWT. Apabila berlaku banjir begini, tidak ada benda yang tinggal lagi.

Kalau nak buat pinjaman nak betulkan rumah, makcik mana ada duit nak bayar balik. Dengan keadaan selepas banjir ini, makan pun kadangkala hanya roti dan biskut ketika ini kerana tidak boleh masak.

Semoga makcik Saloma dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan hidupnya. Memang sedih melihat mangsa banjir yang terkesan dengan banjir besar yang berlaku beberapa hari lepas. Semoga urusan mereka semua dipermudahkan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas