Connect with us

Oh! Media

Tersebar Video Kejadian Berbalas Tembakan Di Sunway, Ini Apa Yang Berlaku Sebenarnya

Ohmedia kejadian berbalas tembakan suspek samun

Oh! Tidak

Tersebar Video Kejadian Berbalas Tembakan Di Sunway, Ini Apa Yang Berlaku Sebenarnya

Sebelum ini tersebar video menunjukkan kejadian berbalas tembakan antara polis dan suspek samun di Jalan PJS 9/1, Subang Jaya, Selangor.

Dalam kejadian itu, pihak polis berjaya menembak mati suspek lelaki warga asing yang merupakan warga Afrika. Suspek juga disyaki merupakan ahli dalam kumpulan kes samun yang aktif sejak tahun 2018.

Dah samun sebanyak RM8 juta…

Kejadian ini disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain di mana dipercayai kira-kira 10 lelaki warga Afrika lengkap bersenjata sedang giat diburu.

IKLAN

Kejadian kira-kira 7 petang itu turut menyebabkan dua butir puluru yang ditembak suspek lelaki berusia lewat 30-an terkena pada kenderaan polis.

Kumpulan ini ada senjata api dan berisiko tinggi. Kita jumpa sepucuk pistol jenis Revolver dan suspek melepaskan lima butir puluru ke ara polis tapi tiada yang kena pada anggota terbabit.

Kami masih menjejaki kumpulan yang aktif di sekitar Lembah Klang ini. Kita sudah maklum juga semua exit point (pintu keluar negara) akan suspek ini dan mereka mungkin tukar pasport.

Hasil siasatan juga mendapat kumpulan samun ini akan berinteraksi dengan mangsa melalui media sosial. Mereka kemudian akan menawarkan transaksi sama ada jual barang kemas dan tukar mata wang asing.

Mangsa kemudian akan diajak berjumpa di hotel sebelum diserang di jalan raya. Semoga saki baki kumpulan berbahaya ini berjaya diberkas pihak PDRM.

Ohmedia kejadian berbalas tembakan suspek samun

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas