Connect with us

Oh! Media

Telinga Anak Lebam Dan Pipi Ada Kesan Pukul, Pengasuh Bagi Alasan Tercubit Sebab ‘Period’

Trending

Telinga Anak Lebam Dan Pipi Ada Kesan Pukul, Pengasuh Bagi Alasan Tercubit Sebab ‘Period’

Di Facebook, seorang ibu menceritakan kisah sedih menimpa anaknya yang didakwa menjadi mangsa penderaan pengasuh.

ADVERTISEMENT

Menerusi hantaran itu, si ibu mendakwa, anaknya yang baru berusia setahun mengalami lebam di bahagian telinga dan pipi ada kesan pukul selepas beberapa hari dijaga pengasuh.

Kesan lebam dan pukul di badan anak

Bila ditanya, pengasuh menjawab tak tahu dan sempat berlakon ‘caring’ dengan bertanyakan keadaan bayi.

Si ibu segera membawa anak ke hospital dan anak ditahan wad selama 3 hari untuk rawatan lanjut. Doktor mengesahkan anaknya didera secara fizikal.

Laporan polis juga dah dibuat, suspek pun dah mengaku, katanya ’TERCUBIT’ sebab first day period. Anak saya tak berhenti menangis. Suspek cuma ditahan reman 3 hari kot, sekarang dah bebas di luar sana.

Menurut si ibu lagi, kes ini masih dalam siasatan polis dan akan dibicara di mahkamah. Dia berharap ada keadilan buat anaknya yang masih kecil.

Kronologi kejadian

Waktu percubaan semuanya indah

Kredit: Facebook Atika Aziz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas