Connect with us

Oh! Media

Suasana Sayu Sambut Kepulangan Anak Mangsa Renjatan Elektrik

Trending

Suasana Sayu Sambut Kepulangan Anak Mangsa Renjatan Elektrik

Tiga orang anak kepada pasangan suami isteri yang maut akibat renjatan elektrik di bilik mandi baru-baru ini telah selamat pulang ke Kuching Sarawak.

ADVERTISEMENT

BACA: Pasangan Maut Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik Di Bilik Air, Tinggalkan 3 Anak

Memetik laporan Astro Awani, segala urusan penerbangan pulang termasuk penginapan transit anak-anak dan waris iaitu abang kepada mendiang ibu diuruskan oleh Sarawak Volunteers.

Sarawak Volunteers yang dibantu Rumah Sarawak di Kuala Lumpur turut membiayai urusan pengebumian kedua-dua mangsa.

Lapor Suara Sarawak, anak sulung mangsa Elisa Olivia berusia 10 tahun dilihat trauma sambil mendukung erat adik bongsu sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).

Menceritakan kembali kejadian yang menimpa ibu bapanya, Elisa berkata dia dan dua adik berada di luar sebelum menemui ibu bapa terbaring kaku di bilik mandi.

Elisa terus menghubungi sepupu memaklumkan apa yang berlaku. Sepupu memintanya mematikan suis utama dan meminta pertolongan jiran.

Tanpa membuang masa, Elisa berlari ke rumah jiran di tingkat atas dan menceritakan apa yang berlaku. Jiran dengan segera menghubungi ambulan.

Semasa ditemui di lapangan terbang, adik bongsunya, Magdalena dilihat menangis dipercayai kerana terkejut melihat ramai orang menyambut kepulangan mereka.

Manakala adik lelakinya, Jospeh Rayyan tidak mahu berenggang dengan bapa saudaranya yang merupakan kembar seiras mendiang bapanya.

Ahli keluarga yang lain turut mengalirkan air mata sebaik tiga beradik itu keluar daripada perut pesawat.

Kredit: Astro Awani | Suara Sarawak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas