Difahamkan, perbuatan khianat itu kantoi selepas suami kepada pekerjanya itu mengadu isteri curang selepas ada banyak duit.
Suaminya hairan dari mana isteri dapat duit sedangkan bisnes sedang jatuh teruk. Ketika itulah founder kepada produk jamu ini meminta telefon syarikat dan segala rahsia terbongkar.
Pekerja merangkap PA paling dipercayainya ini didakwa mencuri hasil jualan di TikTok dan Shopee. Dia juga didakwa mencuri stok jamu dan tiada dalam rekod sistem.
Usahawan jamu, Puteri Kasim berkata, dia menghadapi tekanan dan anxiety kerana bisnes nak lingkup. Dalam masa sama, dia jatuh sakit dan kerap tak masuk pejabat.
Aku tak mampu tulis panjang-panjang. Cuma semua ‘sakit misteri’ yang dah bertahun aku hadap terjawab. Allah buka satu satu.
Disebabkan itu dia menyerahkan tugas kepada orang yang paling dipercayainya itu. Tapi siapa sangka, ini yang jadi.
Menerusi satu ruangan komen di Facebook, seorang netizen mengaku sebagai saudara PA mendakwa keluarga itu mempercayai ilmu khurafat. Dia sendiri sudah terkena dan menasihati usahawan ini supaya berubat.
Dalam bos tengah sakit dan tertekan, PA ini didakwa seronok shopping barang berjenama dan siap sponsor anak ikan lagi. Fuh dahsyat betul!