Hukuman tegas dijatuhkan ke atas rakyat Thailand jika didapati bersalah mengkritik ataupun menghina institusi beraja negara itu.
Memetik laporan Harian Metro, lelaki kelahiran Thailand itu dijatuhkan hukuman penjara 50 tahun selepas didapati bersalah. Ini merupakan tempoh hukuman penjara yang paling lama pernah dijatuhkan di bawah undang-undang penghinaan diraja.
Pesalah, Mongkol Thirakot, 30 tahun merupakan seorang aktivis prodemokrasi dan telah mengeluarkan posting berbaur kritikan di Facebook peribadinya.
Sebelum ini, seorang wanita Thailand juga pernah dihatuhkan hukuman penjara selama 43 tahun selepas didapati menghina institusi diraja pada tahun 2021.