Connect with us

Oh! Media

Sembunyi Bawah Katil, Suami Orang Dicekup Khalwat Dengan Wanita Yang Dikenalinya Tak Sampai 24 Jam 

Khalwat

Oh! Tidak

Sembunyi Bawah Katil, Suami Orang Dicekup Khalwat Dengan Wanita Yang Dikenalinya Tak Sampai 24 Jam 

Seorang lelaki yang berstatus suami orang dicekup berkhalwat dengan seorang wanita yang dikenalinya tak sampai 24 jam. Allahu, kesian dekat isteri dia.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, perbuatan terkutuk itu kantoi di sebuah hotel di Kulim, Kedah malam tadi selepas mereka dipercayai berkenalan melalui satu aplikasi media sosial.

Sebelum bertemu dengan wanita tersebut, lelaki yang berusia 24 tahun itu pada awalnya dipercayai datang dari Perak kerana ada urusan kerja.

Ketika serbuan dibuat, lelaki itu bersembunyi dibawah katil untuk elak dicekup pihak berkuasa dan perkara ini dikatakan sendiri Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Saad.

Pasangan itu gagal menunjukkan sebarang dokumen membuktikan mereka mempunyai hubungan pasangan suami isteri atau mahram.

Kemudian, kedua-dua mereka dibawa ke balai polis untuk dibuat laporan tangkapan sebelum diambil keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas