Oh! Tidak

“Saya Diupah RM100 Je Untuk Konten Ni” – Wanita Ini Tampil Beri Penjelasan Selepas Dituduh Tamak Kerana Minta Hadiah Laptop

Published on

Sudah menjadi satu trend di TikTok apabila pempengaruh menemu bual orang awam secara rawak dan menawarkan wang atau hadiah lumayan.

Begitulah yang dirasai seorang wanita apabila dia juga menerima hadiah lumayan dari seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Kimberly.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Kimberly dilihat bertanya kepada orang awam sama ada mereka mahukan wang tunai berjumlah RM1 ataupun hadiah misteri.

Difahamkan, kebanyakan orang awam yang dijumpainya memilih untuk mengambil wang RM1 tersebut sehinggalah giliran seorang wanita yang memilih untuk mengambil hadiah misteri yang ditawarkannya.

Siapa je yang tak teruja apabila hadiah misteri yang ditawarkan merupakan duit berharga lebih RM250 untuk membeli apa-apa barangan.

Tanpa berfikir panjang wanita berkenaan terus membawa Kimberly masuk ke kedai Switch lalu meminta untuk dibelikan sebuah komputer riba berjenama mewah.

Walau bagaimanapun, wanita berkenaan dikecam teruk di platform media sosial sehingga ada yang mendakwa dirinya tamak kerana meminta ganjaran yang berjumlah ribuan ringgit.

Namun, wanita tersebut tampil mendedahkan dia sebenarnya dibayar upah RM100 untuk membuat konten berkenaan bersama Kimberly.

Saya kena kecam teruk, seandainya mereka tahu ini semua konten semata-mata. Saya dapat upah sebanyak RM100 je untuk buat konten ni.

Malah, dia juga memaklumkan dirinya telah mendapat banyak DM daripada warganet yang menghamburkan kata-kata kurang enak sehingga ada yang turut mengutuk fizikalnya.

BACA: Teman Lelaki Tampil ‘Back Up’ Wanita ‘Terpaling Clubbing’, Rupanya Dikacau Lelaki Pervert

Terdahulu, kecoh di TikTok mengenai satu temu bual seorang wanita yang berkongsi ‘POV’ pakaian lelaki di kelab malam telah mencuri perhatian ramai.

Kredit: Platform X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7322725153568345345?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778

Exit mobile version