Connect with us

Oh! Media

Posting Zara Qairina Ikat Perut Beli Kasut Kembali Tular

Ohmedia zara qairina

Oh! Tidak

Posting Zara Qairina Ikat Perut Beli Kasut Kembali Tular

Posting bangga Zara Qairina beli kasut ASICS kembali tular lepas kematiannya dikaitkan dengan kes buli.

Di media sosial, warganet kembali membanjiri ruang komen dengan rasa sedih, selepas posting lama milik Allahyarham Zara Qairina kembali tular.

Posting yang dimuat naik pada 5 Disember 2024 itu memaparkan arwah meluahkan rasa bangga dan gembira kerana berjaya membeli kasut idaman jenama ASICS selepas dua bulan menabung duit sekolah.

Zara Qairina kongsi berjaya beli kasut idaman hasil ikat perut…

Zara Qairina

Hasil ikat perut. Simpan duit belanja sekolah selama 2 bulan, akhirnya dapat beli kasut ASICS berharga RM++.- Tulisnya.

Itulah luahan yang ditulis oleh arwah, yang kini lebih menyentuh hati ramai memandangkan kematiannya dikaitkan dengan kes buli.

IKLAN

Kisah ini membuatkan ramai yang sebak kerana melihat betapa gigihnya usaha seorang remaja berumur 13 tahun untuk capai impiannya.

Walaupun bukan ahli keluarga mangsa, individu yang memuat naik semula posting itu jelas memaparkan rasa marah serta simpati terhadap nasib yang menimpa Zara. Di ruangan komen, ramai turut berkongsi rasa kehilangan dan berdoa agar kejadian seumpama ini tidak lagi berulang.

Pssttt! Ohmedia harap kisah ini dapat buka mata korang tentang betapa seriusnya isu buli. Jangan ambil mudah bila nampak tanda-tanda seseorang dibuli, sebab kadang-kadang kita tak tahu betapa berat beban yang dia tanggung.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas