Connect with us

Oh! Media

“Pink Dok Bare Dio?” – Lelaki Dikecam Buat Lawak Lucah Terhadap Wanita Di Tempat Awam

Ohmedia gangguan Seksual 1

Oh! Tidak

“Pink Dok Bare Dio?” – Lelaki Dikecam Buat Lawak Lucah Terhadap Wanita Di Tempat Awam

Tular video lelaki buat kenyataan lucah terhadap orang tak dikenali depan isteri di restoran.

Rakaman seorang pempengaruh TikTok mencetuskan kemarahan ramai selepas dia dilihat membuat lawak berbaur gangguan seksual terhadap seorang wanita yang sedang makan di meja sebelah.

Ketika kejadian, individu terbabit sedang makan bersama keluarganya di sebuah kedai makan sebelum dia membuat kenyataan tidak sopan mengenai pelanggan wanita lain.

Netizen mohon lelaki itu diambil tindakan

Lebih mengejutkan apabila dia secara terbuka berkongsi wajah wanita terbabit di ruangan live TikToknya.

IKLAN
Gangguan Seksual

Tindakan tidak bermoral itu mengundang kecaman hebat daripada pengguna media sosial yang berpendapat gurauan sebegitu tidak sepatutnya dilakukan.

Ramai menyeru agar pempengaruh berkenaan dikenakan tindakan tegas kerana membuat gurauan yang melampaui batas dan merendahkan maruah wanita.

View on Threads

Hasil semakan mendapati akaun media sosial pempengaruh itu kini sudah dinyahhapus selepas menerima tekanan dan kritikan bertubi-tubi daripada orang ramai.

Pssttt! Lawak yang menjurus kepada gangguan seksual bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan hiburan. Setiap individu, lebih-lebih lagi pempengaruh yang mempunyai pengikut ramai, perlu bertanggungjawab terhadap kata-kata dan perbuatan mereka agar tidak mencetuskan contoh buruk kepada masyarakat.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas