Connect with us

Oh! Media

Penghijrahan Ke Malaysia Satu Keputusan Yang Terbaik – Zakir Naik

zakir naik

Oh! Tidak

Penghijrahan Ke Malaysia Satu Keputusan Yang Terbaik – Zakir Naik

Dr Zakir Naik, penceramah bebas yang berasal dari India mengucapkan rasa syukur kerana penghijrahannya ke Malaysia bukan sahaja meningkatkan kerja-kerja dakwahnya tetapi memberikan pengalaman yang sangat bermakna untuknya.

ADVERTISEMENT

BACA: Ramai Kecam Dan Persoal Jawapan Ustaz Azhar Idrus, Ini Jawapan Dr. Zakir Naik

Menerusi laporan Utusan, Zakir Naik telah berkongsi cerita di hadapan 700 orang di Masjid Tuanku Syed Putra mengenai pergerakan dakwahnya di India yang mendapat tentangan daripada parti politik yang menuduhnya memberi inspirasi kepada aktiviti keganasan berkaitan kejadian pengeboman pada tahun 2016 di India.

Umat Islam bersatu dan protes tuduhan yang dikenakan

zakir naik

Zakir Naik menjelaskan plot yang cuba dimanipulasikan itu gagal apabila umat Islam di India bersatu dan bangkit menentang tuduhan berkenaan.

Parlimen India juga telah mengisytiharkan dirinya tidak terlibat dalam aktiviti keganasan yang dituduh terhadapnya.

Bagaimanapun usaha menghalang saya berdakwah tetap dijalankan menerusi tindakan undang-undang yang mengharamkan pertubuhan yang diasaskan saya selama lima tahun ketika saya di luar negara.

Malaysia bukan zon perang

Sebelum memilih untuk berhijrah ke Malaysia, Zakir telah ditawarkan lebih daripada 15 buah negara untuk beliau bermastautin dan melakukan dakwahnya. Namun, Zakir berpendapat Malaysia adalah negara terbaik untuk dirinya bermastautin.

Ia disebabkan beberapa faktor seperti Malaysia bukanlah zon perang serta tiada campur tangan negara luar. Purata penduduk muslim di negara ini mempraktikkan agama Islam dengan baik berbanding negara lain seperti India, Pakistan dan Bangladesh selain Islam adalah agama rasmi Malaysia.

Hampir setiap negeri mempunyai sultan dan raja serta dakwah antara agama Muslim dan bukan Islam dibenarkan manakala kerajaan menyumbangkan dana yang banyak melalui baitulmal dan zakat.

Beliau membuat keptusan untuk menetap di Malaysia kerana yakin bahawa negara ini mempunyai asas ekonomi yang baik dan sistem perbankan patuh syariah terbaik di dunia.

Alhamdulillah, semoga kehadiran Dr. Zakir Naik di Malaysia dapat memberikan kebaikan kepada semua umat Islam di negara ini.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas