Zaman sekarang dah menjadi satu ‘trend’ suami isteri berlaku curang serta menghadapi pergolakan rumah tangga.
Malah, masalah ini merupakan sebuah perkara yang tidak diingini oleh setiap pasangan yang sudah berkahwin.
Baru-baru ini, satu khabar yang mendakwa seorang pengacara lelaki tempatan sering menayang kebahagiaan bersama isteri di media sosial sebenarnya seorang ‘buaya darat’ dan kasanova orangnya.
Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin lelaki ini juga pernah terpalit dalam beberapa isu skandal dan sudah banyak kali ‘kantoi’ dengan wanita lain.
Disangkakan sudah berubah, tetapi masih berlaku curang sewaktu si isteri keluar bekerja atau ‘out station’ di luar.
Menariknya, pengacara lelaki ini selalu berkongsi di media sosial kebahagiaan dan sayang dengan isterinya itu, tetapi di belakang, seorang ‘buaya darat’.
Meskipun, mempunyai banyak skandal dengan wanita tetapi hujung-hujung poket tetaplah nipis tidak berduit.