Di saat kita dapat pulang ke kampung halaman jumpa insan tersayang, saudara kita di Palestin masih tidak dapat pulang ke tanah air.
Ribuan penduduk Palestin bagaimanapun dilaporkan membanjiri pantai utara Semenanjung Gaza selepas mendapat makluman beberapa orang berjaya masuk pusat pemeriksaan tertutup menuju ke Bandar Gaza.
Ada khabar angin yang tersebar mengatakan tentera Israel membenarkan wanita, kanak-kanak dan lelaki berusia lebih 50 tahun ke utara.
Pihak pendatang haram, Israel bagaimanapun menafikan pusat itu dibuka untuk laluan penduduk Gaza.