Penangan harga tidak masuk akal itu membuatkan butik tersebut dibanjiri ribuan pelanggan hingga menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal.
Rusuhan baju raya
Pemilik bagi butik berkenaan, Uci memohon maaf buat orang ramai mengenai situasi yang terjadi kerana tidak menyangka tawaran harga tersebut mampu menarik perhatian ramai pihak.
Dalam pada masa yang sama, Uci menyatakan rusuhan tersebut menyebabkan butiknya mengalami kerosakan dan beberapa barangan dan pakaiannya hilang akibat dicuri.
Sebagai info, butik itu menawarkan harga RM1 itu buat 100 pelanggan terawal dan memberi hadiah percuma yang lain buat pembeli pakaian mereka.
Beberapa video tular TikTok memaparkan orang ramai membanjiri kawasan butik itu hingga terpaksa melibatkan pihak polis kerana berlaku rusuhan.