Sebelum ini Ohmedia ada kongsikan satu rakaman video yang tersebar menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki kena dera dengan pengasuh di sebuah Taska di Luyang, Penampang Sabah.
Ibu kepada mangsa yang melihat rakaman itu tidak dapat menahan perasaan kerana berasa geram dengan tindakan tidak bertanggungjawab pengasuh terbabit.
Terkini, tersebar pula video menunjukkan ibu dan bapa kanak-kanak didera telah menyerang pengasuh berkenaan sebelum suaminya manampar muka serta menunjal kepala pengasuh berkali-kali.
Isteri, anaknya dan staf taska yang lain hanya mampu melihat sebelum salah seorang staf cuba meleraikan pergaduhan. Bagaimanapun, staf terbabit turut dimarahi dan dilempang.
Susulan kejadian ini, pengusaha dan pengasuh taska telah membuat laporan polis dan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah mengesahkan.
Mangsa kanak-kanak dan suspek dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) untuk pemeriksaan doktor. Setakat ini, dua kertas siasatan di buka iaitu mengikuti Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan
Tapi kalau korang tengok video berdurasi 2 minit 12 saat tu memang akan buat korang bengang juga. Mana tidaknya, pengasuh tu boleh tiba-tiba tendang, tarik rambut, tolak dan memukul kepala budak tu tanpa rasa bersalah.