Connect with us

Oh! Media

Parah Kemalangan, Lelaki Disangka Sudah Mati ‘Bernafas’ Selepas Semalaman Di Bilik Mayat

Trending

Parah Kemalangan, Lelaki Disangka Sudah Mati ‘Bernafas’ Selepas Semalaman Di Bilik Mayat

Di New Delhi, India, seorang lelaki yang disahkan sudah meninggal dunia ditemui masih bernafas selepas 6 jam diletakkan ke dalam bilik mayat.

ADVERTISEMENT

BACA: 24 Kanak-Kanak Maut Di India, Demam Misteri Jadi Punca

Memetik laporan Daily Mail, Srikesh Kumar dibawa ke hospital selepas cedera parah akibat kemalangan jalan raya. Selepas pemeriksaan, doktor di hospital tersebut mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana tiada degupan jantung.

Mangsa kemudiannya dipindahkan ke bilik mayat hospital kerajaan untuk urusan bedah siasat. Enam jam kemudian, ahli keluarga mangsa tiba di hospital untuk proses pengecaman mayat dan menandatangani surat bedah siasat.

bernafas
Sekadar gambar hiasan

Walau bagaimanapun, kakak ipar mangsa, Madhu Bala mendapati mangsa menunjukkan tanda-tanda masih hidup.

Dia belum mati. Bagaimana ini boleh berlaku? Tidakkah anda nampak dia masih hidup dan bernafas?

Jurucakap hospital, Dr. Shiv Singh berkata, kes sebegitu sangat jarang berlaku dan pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada berlaku sebarang kecuaian.

Apa-apa pun pihak hospital telah mengarahkan siasatan lanjut diadakan untuk mengetahui punca sebenar dan bagaimana kesilapan itu boleh terjadi.

Mangsa kini masih koma dan mendapat rawatan lanjut di sebuah hospital di Meerut.

Kredit: Daily Mail

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas