Connect with us

Oh! Media

“Nyawa Semurah Lemang” – Netizen Kecam Proton Wira Selamba Tukar Lane Mengejut Demi Lemang

proton wira

Trending

“Nyawa Semurah Lemang” – Netizen Kecam Proton Wira Selamba Tukar Lane Mengejut Demi Lemang

Pemandu Proton Wira telah mendapat kecaman daripada netizen setelah videonya memotong sebuah bas secara mengejut viral di media sosial.

ADVERTISEMENT

BACA: “Takkan Pokok Goyang Sendiri” – Netizen Kecam Warga Emas Dan Pengawal Wanita Gaduh Bertekak

Video tersebut memaparkan keberanian dia yang sangat bahaya apabila menukar lane secara tiba-tiba hanya kerana mahu membeli lemang di tepi jalan.

Video tersebut telah di muat naik di laman Facebook Normas Fazly, yang merupakan pemandu bas yang dipotong oleh proton wira tersebut.

Normas menyatakan dia terkejut apabila kereta tersebut tiba-tiba memotong bas yang dipandunya yang berada di lane kiri pada waktu itu.

Menurut Normas, pemandu itu memotong secara tiba-tiba hanya kerana mahu membeli lemang, bukannya kerana hal kecemasan. Haa, kalau kecemasan, ada maaf lah kan?

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang beri kecaman kepada pemandu wira tersebut dan mempertikaikan cara pemanduannya yang sangat bahaya.

Jika sesuatu terjadi pada waktu itu, bukan saja satu atau dua nyawa yang diancam bahaya, tetapi berpuluh nyawa kerana ramai penumpang yang berada di dalam bas tersebut.

Nasib tak baik, dia jadi lemang

Dia nak topup nyawa

proton wira

Arwah dulu kempunan lemang

proton wira

Macam-macam kecaman dan kritikan yang netizen bagi. Apa-apa pun, pandulah dengan cermat di jalan raya okay! Ingat, kalau korang pandu dengan bahaya, bukan korang je yang terima padah, orang lain pun akan kena tempias. Jadi, sentiasa berhemah dan lindungi nyawa korang dan juga pemandu lain.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas